Friday, April 9, 2010

CAHAYA Adalah Wajib Dalam Fotografi.

Apa juga jenis kamera yang kita gunakan daripada jenis kompak hinggalah ke model kamera paling mahal di dunia, semuanya akan jadi tidak berguna jika…

…jika tiada CAHAYA.

Sebabnya tanpa cahaya, gambar tidak akan dapat dirakam. Fotografi adalah tentang melukis menggunakan cahaya. Itulah maksud fotografi.

Untuk menambahkan kecantikan sesuatu gambar pula, kita perlu bijak menguruskan cahaya. Tidak kira cahaya buatan ataupun cahaya semulajadi. Adalah lebih baik dan amat menjimatkan jika kita tahu menggabungkan kombinasi cahaya semulajadi dengan cahaya buatan.

Cahaya semulajadi adalah dari cahaya matahari. Cahaya buatan pula ada banyak. Contohnya cahaya dari flash kita, cahaya lampu rumah, cahaya lampu kereta dan banyak lagi. Cahaya-cahaya inilah yang kita gunakan untuk membantu mencantikkan lagi gambar-gambar yang kita rakam.

Jika kita sudah faham sumber cahaya, kita perlu bijak untuk menguruskannya. Ini kerana cahaya mempunyai sifat-sifat yang berlainan. Cahaya flash, cahaya matahari, cahaya lampu kalimantang semuanya berlainan sifat warnanya.

Inilah satu contoh gambar apa yang dimaksudkan dengan menguruskan cahaya. Gambar di bawah ini cukup jelas untuk menunjukkan subjeknya, iaitu sepasang kasut. Semua orang boleh nampak dengan jelas.

Walaubagaimanapun, gambar kasut di bawah dapat dikemaskan lagi jika bayang pada bawah kasut itu dapat dihilangkan atau dikurangkan.

Gambar di bawah ini pula menunjukkan cahaya yang telah diuruskan dengan lebih baik untuk merakam gambar kasut ini. Bayang pada bawah kasut sudah menjadi lembut. Tidak sekeras bayang pada gambar di atas.

Inilah yang dikatakan mengurus cahaya. Dalam contoh ini, cahaya diuruskan menjadi lebih lembut.

Hasilnya gambar di bawah ini lebih baik daripada gambar di atas (perhatikan pada bayang di bawah kasut).

Sebagai perencah tambahan, masukkan sedikit cerita di dalam gambar yang kita rakam untuk menambahkan lagi isi kandungan gambar :)

Daripada gambar di atas, kita dapat tahu ceritanya adalah ’sepasang kasut digantungkan di belakang pintu’.

Ok, boleh fahamkan penerangan yang mudah ni?

Gunakan flash/speedlight (lampu denyar) jika cahaya tidak mencukupi. Flash adalah satu contoh sumber cahaya tiruan. Bagus mana pun kamera kita, cahaya adalah lebih penting.

Kesimpulannya, cahaya amat penting dalam fotografi. Kita perlu menguruskan cahaya untuk menyerikan lagi subjek kita. Tanpa cahaya, semua gambar di atas tidak akan dapat dirakamkan.

No comments:

Post a Comment