Thursday, April 1, 2010

APAKAH LENSA YANG PALING SESUAI UNTUK FOTOGRAFI PERKAHWINAN???

Apa lensa yang paling sesuai untuk fotografi perkahwinan (wedding)? Soalan ini amat popular kita dengar dari rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan.
Gunakan lensa 18mm-55mm. 18m cukup untuk ‘wide’ dan 55mm bagus untuk potret.
Jika anda mempunyai kamera dan lensa kit tetapi belum mempunyai flash, tidak perlu peningkan kepala untuk fikir beli lensa mana satu. Beli flash dulu.
Adalah lebih selesa bekerja dengan adanya flash/ speed light. Sebabnya, fotografi memang memerlukan cahaya. Tanpa cahaya, kita tak boleh merakam gambar., Untuk shot ‘wedding’, alatan akan bawa kamera, lensa 18mm-55mm dan flash kerana ini peralatan utamanya yang amat sesuai untuk kesemua keadaan sebagai tambahan.


Inilah lensa pilihan utama untuk shot ‘wedding’. 18mm-55mm. lebih mudah menggunakan lensa ini sebab ianya ringan dan hasil gambarnya juga bagus. Tiada masalah pada gambar selama 4 tahun saya gunakan lensa 18mm-55mm. Hasil untuk printing pun bagus.

Ada yang takut menggunakan lensa ini untuk shot ‘wedding’. Sebabnya utamanya lensa murah dan keduanya aperture tak cukup besar. Selebihnya malu sebab rakan-rakan lain guna lensa yang lebih besar dan mahal. Rakan-rakan sekalian, kita kena faham situasi kebanyakan lokasi majlis perkahwinan di Malaysia tidak kira di rumah kampung, bandar atau hotel adalah kurang cahaya kebiasaanya (dalam bangunan).

Ya betul penggunaan lensa aperture besar seperti f1.2, f1.4,f 2.8 atau sebagainya kadangkala membantu. Lihat pula harganya yang jauh lebih tinggi. Jika anda mampu tiada masalah untuk memiliki lensa yang mempunyai aperture besar. Jika tidak, gunakanlah lensa kit yang sedia ada. Jadi yang penting adalah flash/speed light. Tidak keterlaluan jika saya katakan flash antara peralatan wajib untuk jurugambar perkahwinan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment