Sunday, October 25, 2009

5 tips ringkas untuk membuat digital potret studio di rumah

1. Kita perlu ada digital kamera. Digital kamera membolehkan kita melihat hasil yang telah kita rakamkan dengan menggunakan skrin preview kamera. Kita boleh padamkan terus imej yang dirasakan tidak menarik. Dengan kecanggihan digital kamera sekarang, kita boleh melakukan post processing gambar yang kita ambil di dalam komputer.

2. Sediakan sedikit ruang untuk studio di rumah. Tidak perlu dengan ruang yang amat luas, cukup dengan menggunakan sedikit ruang yang sesuai di satu-satu sudut rumah kita. Cuba gunakan sudut yang mempunyai cukup cahaya ataupun catkan dinding dengan warna putih atau warna pastel yang lembut. Ini akan membantu kita dalam menggunakan cahaya yang sedia ada (available light). Gunakan reflector putih jika perlu atau lampu yang mudah diubah-ubah. Elakkan menggunakan flash pada kamera jika cahaya sedia ada sudah mencukupi (melainkan kita amat mahir menggunakan flash). Ini bagi mendapatkan gambar yang lebih timbul dan tidak flat.

3. Gunakan tripod untuk menstabilkan kamera kita. Ini lebih baik bagi mendapatkan gambar yang tajam. Bukan apa, tripod akan banyak membantu dalam menstabilkan kamera semasa merakam gambar!

4. Bagi menggurangkan bayang yang tidak diingini di dalam gambar, cuba gunakan reclector ataupun cardboard yang dicatkan dengan warna putih. Ia juga boleh digunakan dalam pengisian cahaya untuk mendapatkan ‘depth’ di dalam gambar yang kita rakam.

5. Gunakan prop yang boleh didapati di sekitar rumah kita sebagai background atau foreground. Kita boleh gunakan meja, kerusi, bunga ataupun perabot yang unik untuk menambahkan kecantikan dalam gambar kita. Sebagai satu contoh, jika merakamkan potret keluarga di rumah, susunan bunga amat sesuai untuk gambar kita.

Sunday, October 18, 2009

Majlis Pekahwinan Siti Harulnida & Shahrizan pada 2.10.2009-3.10.2009
















Jurugambar Rakam Peristiwa & Sejarah



'Dunia berubah begitu pantas. Apa yang kita dapat lihat sekarang mungkin tidak dapat kita lihat lagi pada masa akan datang, maka ia lebih bermakna jika dapat dirakam'.




Begitulah kata-kata Steve McCurry, jurugambar antarabangsa yang menjadi ikon untuk majalah National Geographic dalam satu wawancara bersama wartawan ketika berada di negara ini tidak lama dulu.

Memang tidak dapat dinafikan, bidang fotografi adalah satu bidang yang amat penting terutama untuk merakam peristiwa dan sejarah. Mungkin ada yang berpendapat melalui tulisan kita dapat menggambarkan suasana dan peristiwa masa lalu.



Tetapi jika dilihat dari sudut lain, gambar memainkan peranan yang penting dan mampu membuat kita lebih faham dengan sejarah dan kehidupan masyarakat dulu. Malah adakalanya melalui gambar saja sudah cukup untuk memberitahu peristiwa dan kejadian yang berlaku pada ketika itu tanpa perlu diungkapkan dengan tulisan.




Bidang fotografi adalah satu bidang yang sangat luas. Dengan bantuan teknologi dan peralatan yang sentiasa berkembang gambar yang yang dirakam menjadi semakin cantik dari masa ke semasa dan menakjubkan.

Bermula dengan hobi, setiap individu mempunyai peluang untuk menceburi bidang fotografi dengan lebih serius terutama jika mereka mempunyai bakat dan potensinya mampu dicungkil.




Mungkin ramai yang pernah terfikir untuk melakukannya kerana sedar diri berpotensi dalam subjek itu tetapi apa yang menjadi halangan ialah takut mengambil risiko dengan menjadikannya punca pendapatan seumur hidup. Ia menuntut banyak usaha, sifat berdikari dan bukan semua dapat melakukannya. Untuk mereka yang berminat, fikirkanlah mengenai potensi diri.




Menjadikan hobi sebagai kerjaya tetap memang mudah berbanding kerjaya lain kerana ia disertai minat mendalam ke arah itu. Secara jujurnya, tidak ramai yang mengaku pekerjaan yang dilakukan sekarang benar-benar memberikan kepuasan. Mereka yang berani menukar hobi kepada kerja kerana bersedia melakukan sesuatu untuk kepuasan peribadi.




Contohnya, kerjaya sebagai jurugambar bermula daripada hobi. Jika berpotensiseseorang boleh mencari wang tambahan menerusi hasil kreatif itu. Dewasa ini, kerjaya ini turut menjanjikan pulangan yang lumayan.

Selain berpeluang untuk bekerja dengan industri persuratkhabaran atau majalah, kerjaya jurugambar juga lebih meluas termasuk sebagai jurugambar sambilan untuk untuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi.




Malah, menerusi kerjaya ini, mereka juga berpeluang mengembara ke seluruh pelusuk dinia jika dihantar majikan untuk membuat liputan pengambaran. Langkah pertama yang boleh diambil jika berminat melayarkan kerjaya dalam bidang fotografi ialah dengan mengikuti kursus asas fotografi yang banyak dianjurkan pihak institusi kemahiran dan pengajian tinggi serta badan swasta. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan berkaitan dengan dunia fotografi, lihatlah iklan yang yang disiarkan dalam akhbar.


Bakat dan minat saja mungkin tidak mencukupi tanpa peralatan untuk merakam gambar seperti kamera. Justeru, belek akhbar kerana iklan mengenai produk yang berkaitan dengan dunia fotografi sering disiarkan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut termasuk kedai menjual peralatan fotografi.