Tuesday, March 15, 2011

KETAM MELAYU VS KETAM CINA

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran: Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

NAK TAMBAH SIKIT:

KETAM HIDUP YANG CINA MAKAN ITU ADALAH KETAM BATU IA HIDUP DUA ALAM. HARAM DIMAKAN

koleksi perkahwinan 21









Saturday, March 5, 2011

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon bimbit adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat.Apabila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

majlis pertunangan Syida Mahmud pada 26/12/2010









UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

koleksi perkahwinan 20







LAWAK 3 REMAJA

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pada satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii… Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana… kwang kwang kwang…

koleksi perkahwinan 19