Monday, April 5, 2010

3 Tip Kejayaan BERJANGKIT

Oleh: Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya!


Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".


Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind' tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.


Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini".


Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.


Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins "Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.

Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapa role-model anda?
Satu strategi mencapai kejayaan adalah dengan mempunyai role-model. Siapakah role-model anda?

Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!

Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!

No comments:

Post a Comment