Thursday, April 1, 2010

Apa itu “Exposure” atau dedahan cahaya?

Pegenalan pada Exposure (dedahan cahaya)

Pastinya pada yang baru mengenali kamera, akan menggunakan mode Auto dari menngunakan mode manual.

Anda harus tahu bahawa dengan memahami asas exposure, ia akan meningkatkan lagi teknik fotografi anda naik ke satu tahap seterusnya.

Bagaimana exposure terjadi?

Untuk pengetahuan anda, keadaan didalam kamera adalah gelap! Apabila imej dirakam, shutter pada kamera akan terbuka dan cahaya dari luar akan masuk melalui lensa. Cahaya akan dihantar terus pada ‘image sensor’ untuk mendapatkan exposure (dedahan cahaya).

Tidak kira anda menggunakan kamera digital atau kamera filem, konsep yang digunakan adalah sama J

Exposure (dedahan) ialah menyukat dan mengimbang cahaya.

Terlalu banyak cahaya akan membuatkan imej anda menjadi putih. Tetapi jika tidak cukp cahaya pula imej anda akan menjadi terlalu gelap.

Imej fotografi yang bagus bergantung kepada pengiraan tetapan exposure (dedahan) yang akan dihantar dengan jumlah exposure (dedahan) yang betul.

Anda sebagai jurugambar, boleh mengawal kuantiti cahaya masuk dengan melaraskan shutter, aperture dan ISO.

Mengukur cahaya (technical exposure)

Teknikal exposure yang baik, akan dapat merakamkan imej yang sama dari segi warna dan cahaya yang mewakili keadaan sebenar :)

Sensor imej atau filem amat sensitive pada cahaya…dan jika exposure (dedahan) terlalu gelap atau terlalu terang, hasil imej anda tidak akan kelihatan seperti “real life”.

No comments:

Post a Comment