Sunday, August 30, 2009

Digital Fotografi


Jenis kamera:


Kamera digital masih menggunakan jenis kamera yang sama dengan kamera filem. Namun ramai dikalangan kita menganggapkan kamera kecil yang digunakan oleh oleh kebanyakkan orang itulah kamera digital. Sebenarnya kamera digital sudah friendly user. Kini kebanyakkan karyawan foto sudah menerima kamera digital sebagai peralatan kerja mereka.

Kamera digital dapat disenaraikan seperti berikut:
1. Digital SLR
2. Digital Kompak

1. Digital SLR (DSLR):

Sekiranya anda telah mengikuti not saya sebelum ini SLR bermaksud Single Lens Reflex. Pada kamera digital SLR tidak banyak perubahan dilakukan. Jikalau anda pernah menggunakan kamera jenis program maka menggunakan kamera DSLR tidak menjadi sukar. Kebanyakkan DSLR menggunakan pembinaan yang sama dengan kamera program. DSLR tidak lagi menggunakan filem.

DSLR telah melalui perubahan pada teknik pengimejan. DSLR menggunakan LCD untuk memaparkan emej yang telah dirakam.

1a. CCD & CMOS

DSLR menggunakan CCD (Charge Coupled Device) atau CMOS (Combined Metal Oxide Semiconductor) untuk mengesan emej cahaya yang masuk menerusi lens. Dari CCD atau CMOS inilah imej foto akan dihanya bacaannya ke memori kad.

CCD mengesan imej yang disentuh cahaya apabila aperture terbuka pada lens. Cahaya yang membawa imej itu tersentuh akan disusun secara cas lalu akan dihantar untuk dibaca pada memori kad. CCD membaca susunan peksal dari analog ke digital.

CMOS mebaca seperti CCD namun ia membaca sekali gus. Cip CMOS lebih pantas membaca imej jika dibandingkan dengan CCD.

Dalam fotografi digital lebih mudah difahami, imej dirakam dengan sentuhan yang cas pada paparan CCD mahupun CMOS.

Harus diingatkan DSLR tidak merakam dua jenis pengimejan. DSLR hanya merakam menerusi CCD atu CMOS

Sebenarnya proses fotografi digital sudah lama tercipta setelah scanner tercipta pada computer. Gambar-gambar filem di impbas (scan) dari kertas foto mahupun nagetif atau slaid. Malahan waktu itu gambar yang diimbas boleh dimasukkan ke emel,laman web, persermbahan power point. Namun dengan terciptanya kamera digital yang dapat merakam terus menjadi foto maka kerja-kerja fotografi lebih mudah.

Cuma waktu itu karyawan foto veteran masih belum mahu menerima kamera digitak kecil kerana seni benanya tidak menepati kehendak professional maka ianya tidak diterima. Apabila tercipta DSLR maka fotografi digital mengalami proses yang begitu pesat.

1b. Megapiksal (MPix)

MPix merupakan bacaan jutaan titik piksal pada foto digital. MPix ialah jutaan titik yang memberikan bacaan pada warna foto. MPix disusun pada foto digital yang akhirnya dapat dibaca sebagai imej tanpa dapat dilihat titiknya kecuali foto dibesarkan pada saiz maksimum.

Permulaan fotografi digital MPix ia dicipta dengan saiz yang kecil iala itu hanya 1 MPix.

Kualiti foto pada kamera digital bergantung pada jumlah MPix yang digunakan. Lagi tinggi lagi baik mutunya.

MPix dibaca mengikut kiraan berikut:
1,2,3,4,5,6,7,8,10,12.

Namun begitu ada kamera yang memberikan bacaan seperti berikut:
1.5,10.6 MPix.

Kiraan MPix akan dijelaskan pada topic saiz imej dan kualiti. Dua komponen ini akan memberikan pemahaman sebenar dalam menentukan bagaimana foto digital boleh dihasilkan dengan bermutu. Justeru itu semakin tinggi jumlah MPix maka semakin baik foto yang dirakam.

Sekiranya menggunakan MPix yang kecil sekiranya foto dibesarkan maka kualiti foto akan pecah. Menggunakan MPix yang rendah foto yang dirakam tidak boleh dibesarkan mengikut kehendak kita.

Tidak dapat dinafikan bahawa harga sesebuah kamera bergantung pada tinggi mana jumlah MPix. Lagi tinggi lagi mahal harganya disamping tambahan teknikal yang disediakan. Contohnya antara kamera A dengan B yang menambah komponen tambahan maka berbezaan akan ketara. Inilah persaingan dalam dunia fotografi digital yang terpaksa ditanggung oleh semua pengemar fotografi!

1b. Lens

Lens DSLR menggunakan sistem digital. DSLR menggunakkan lens yang beroperasi pada badan kamera. Segala bacaan Aperture (f.stop) dibaca pada badan kamera secara digital. Namun semua macam sudut lens sama dengan kamera analoq (kamera filem).
Kelebihan pada DSLR ialah anti gegar diletakkan pada lens. Terutamanya lens tele mahupun zoom.

Namun begitu DSLR telah melalui satu demensi baru apabila bacaan f.stopnya dikira seperti berikut:

• f-32,f-28,f-22,f-20,f-18,f-16,f-13,f-11,f-10,f-8,f-5.6,f-4.5f,f-4,f-3.5,f-3,f-2.8,f-2,

f.stop berwarna merah merupakan tambahan kepada f.stop konvensional.

Lens DSLR dibina dengan system auto focus. Dengan ini karyawan foto boleh merakam foto tanpa perlu memokus dengan cara manual. Namun terdapat butang manual focus untuk yang gemar berbuat demikian.

Lens pada DSLR masih dibaca mengikut seperti berikut:
25mm,28mm,35mm, 50mm,70mm,80mm,200mm

Kebanyakkan bacaan lens pada DSLR menggunakan bacaan zoom 17-50mm,80-300 dan seterusnya.

1c. Shutter Speed

Shutter Speed masih menggunakan bacaan seperti kamera konvensional. Namun begitu terdapat dari segi bacaan tamnbahannya:

1/B,1/1,1/2,1/3/4,1/6,1/8,1/15,1/30,1/45,1/60,1/90,1/100,1/125,1/250,1/500,1/800,1/1000,1/2000, 1/4000

Shutter Speed yang bewarna merah merupakan tambahan dalam kamera digital.

No comments:

Post a Comment