2. Gunakan Filter UV - Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru ia jika rosak.
3. Pelindung LCD - Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar.
4. Penjagaan Dalaman - Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera digital juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk di mana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas (casing) khas, idea mudah untuk anda melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital menggunakan gelah getah atau sebagainya (murah dan praktikal).
5. Bersihkan Tangan - Mak selalu bising pada kita, basuh tangan sebelum makan. Begitu juga dengan kamera digital. Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital!
No comments:
Post a Comment