1) Seorang
photographer yang komited, mereka akan melaburkan berpuluh ribu ringgit
untuk semua peralatan (equipment) fotografi. Kerana apa? Kerana mereka mahu
memberikan hasil yang berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka.
2) Mereka tiada masa
bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Lebih-lebih lagi musim cuti
sekolah. Ini sememangnya lumrah. Aku pasti semua isteri-isteri atau suami-suami
seorang photographer dah faham sangat akan hal ini. Inilah masa yang
harus di korbankan semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan.
3) Setiap wedding
photographer akan bertanggungjawab ke atas semua majlis perkahwinan. Satu tugas
yang berat yang harus mereka pikul untuk merakamkan setiap peristiwa yang
menarik di majlis perkahwinan. Mereka akan berkampung di rumah pengantin dari
bermulnya majlis akad nikah sampailah selesai majlis. Yang pasti mereka akan
berjauhan dengan keluarga.
4) Setiap peristiwa
yang berlaku amat penting bagi seorang photographer. Sebab itu mereka sanggup
berpanas di tengahari semata-mata untuk merakamkan detik-detik indah sewaktu
perarakan. Ini semua kerana apa? Kerana mahu menghasilkan gambar atau photo
yang berkualiti.
5) Setiap pasangan
pengantin sudah pastinya mempunyai aturcara yang berbeza. Walau macam manapun
aturcara majlis, photographer tetap tabah menunggu. Baik awal pagi, tengahari,
lewat petang ataupun lewat malam. Lewat malam kebiasaanya jika pengantin ada
mengambil persalinan. Kadang kala, photographer terpaksa menunggu sehingga
pukul 1-2 pagi untuk menyelesaikan sesi fotografi. Ini memang lumrah.
6) Setiap
photographer akan memerah otak setiap kali shoot di majlis perkahwinan. Memerah
otak bukan setakat untuk posingkan pengantin, tetapi memerah otak untuk mencari
angle yang terbaik. Ini yang orang ramai tidak perasan. Daya imaginasi dan
kereativiti yang tinggi amat di perlukan pada setiap photographer. Walau dalam
apa juga situasi mereka akan sentiasa berfikir, bagaimana untuk menghasilkan
photo atau potret yang terbaik.
7) Setiap
persekitaran majlis perkahwinan memang berbeza. Ada
yang dalam rumah, ada yang luar rumah, ada juga di tepi tasik. Tetapi tahukah
anda, setiap persekitaran ini mempunyai cahaya yang berbeza? Inilah yang di
titik beratkan oleh photographer. Mereka akan memastikan setiap photo atau
gambar yang di hasilkan mempunyai kualiti cahaya yang cukup. Inilah peperangan yang
harus di tempuh oleh setiap photographer. Sebab itu, bila sahaja melihat gambar
yang dihasilkan terang dan sedap mata memandang. Dan hasil sebegini tidak boleh
di hasilkan tanpa skill yang cukup seperti wedding photographer yang ada di
luar saja. Dan agak sukar untuk di hasilkan dengan kamera kompak yang biasa.
8)Tugas photographer
bukan sahaja akan tamat setelah majlis selesai, tetapi ada lagi tindakan
susulan yang harus di langsaikan. Apa tu ya? Tugas memilih dan mengedit photo.
Inilah perkara yang amat kritikal untuk photographer. Tugas edditing haruslah
di lakukan dengan teliti. Bukan setakat tenaga tetapi masa juga harus di
korbankan. Lebih kritikal lagi untuk photographer sambilan. Tetapi dek kerana
untuk menghasilkan yang terbaik, mereka sanggup korban segalanya semata-mata
memenuhi tanggungjawab dan kehendak pelanggan.
No comments:
Post a Comment