Tuesday, May 11, 2010

Harga melewatkan kerja (procrastinate)

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari dari buku, atau dari majalah... adakah anda
terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

"Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya
anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang Berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!"

Tip itu ditulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!

Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,000-RM5,000 atau lebih! extra income online secara part time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.

Dengan extra RM2,000-RM5,000 setiap bulan, tidakkah ia membantu dalam keadaan harga minyak & barangan semakin naik ini? Saya rasa ya.

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".

Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau tahun ini. Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda
terpedaya dengan "the silent killer" ini dan tidak melakukan apa-apa?

*Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.*

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba
sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang?
atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Think about it
;

No comments:

Post a Comment