Sunday, August 14, 2011

10 Punca Jin Tinggal Serumah

1. Tapak rumah ada punca air mata air

Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air…
kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin…
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau…

Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam…

kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar…
kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah…

Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah…

Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’…
kerana ia di bina di kawasan penempatan jin…

Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga…

Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman…

2. Tapak rumah ada kubur

Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,
Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada
jasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )

Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu
hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..

Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya…

Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan

3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin

Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya…

Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin…
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan…
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya…

4. Dalam rumah ada tangkal sihir

Iaitu,
dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…

Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya…

Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya…

kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan…

Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal…

Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya…

Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’…

5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia

Iaitu,
kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada…

Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu…

Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah..

6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya

Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat…

Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’…

(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia…).

Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya…

7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin

Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu…

Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka…

Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu…

Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya
Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’…
kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya…

Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya

8. Rumah yang disihir

Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah…

Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..

kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,
terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat…

9. Mengamalkan ilmu sihir

Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana penglibatan jin di dalamnya…

Biasanya,
kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir,
maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,
mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,
mana-mana saja pun boleh jadi.

Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,
iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’…

Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..
dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang…

10. Jin liar ikut pulang

Iaitu,
biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana,
samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan…
maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,
jin itu ikut pulang ke rumah…

Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka…

Majlis Pertunangan Nur Afarina & Rohamiee Pada 16.7.2011










Petua Untuk Selesaikan Masalah dalam Sebuah Hubungan

1. Tenangkan Diri - Jangan cepat sangat melenting tidak tentu hala bila ada masalah. Tak perlu nak tunjuk siapa hebat, anda atau dia. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat berfikir secara bijak dan tenangkan diri.

2. Beralah - Kalau kena caranya pasangan anda boleh cair dan mudah-mudahan lembut balik hatinya jika dia sedang marah.

3. Dengar Luahan Hati Pasangan - Tabahkan hati dan cuba bersabar. Biarkan pasangan anda habiskan kata-katanya. Tunjukkan padanya yang anda prihatin dengan perasaannya.

4. Kawal Diri - Ada kalanya pasangan anda akan hilang pertimbangan. Lebih baik anda senyap dan kawal diri daripada berbuat sesuatu yang bercorak provokasi.

5. Jangan Merasa Hanya Kita Yang Betul dan Pasangan Anda Selalu Salah - Jangan sesekali letakkan kesalahan itu seratus peratus pada pasangan anda. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan anda melakukan kesalahan disebabkan kelemahan anda.

6. Doa - Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan anda dan anda sendiri juga akan berlembut.

Majlis Pertunangan Norismah & Mohd Safwan pada 26.6.2011










Petua Untuk Melupakan Seseorang


1.Jika anda baru saja putus cinta dengannya, sememangnya anda akan bersedih. Itu perkara biasa atau normal. Yang jadi tidak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya ingin tunjuk anda kuat dan anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Jikalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu, keluarkan ia dengan sepenuh hati. Menangislah sepuas hati anda. Lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sedikit selepas beberapa hari. Apabila anda sudah biasa bersedih, lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

2.Terimalah realiti yang anda perlu lupakan dia dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya, anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Anda mesti kuat untuk menghadapi realiti ni.

3.Anda mesti elakkan atau jangan terus berhubung dengan si dia itu. Kalau anda masih terhegeh-hegeh menghubungi dia lagi, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat melupakannya.

majlis Perkahwinan Nain & Noni pada 17-19 Jun 2011





















Monday, August 8, 2011

Petua Untuk Memutuskan Hubungan Cinta

1. Jangan Ragu-Ragu

Ketika menyampaikan tujuan perpisahaan, sebaiknya anda mesti yakin dan tidak menunjukkan perasaan ragu-ragu kerana si dia akan beranggapan ada sesuatu yang disembunyikan atau dia akan beranggapan ada pihak ketiga atau kekasih lain. Kadang-kadang ada pasangan yang tidak dapat menerima perpisahan itu. Sekalipun itu akan menyakitkan tetapi lebih baik daripada anda berpura-pura. Memang benar untuk memberitahunya sukar sekali, tetapi ia perlu disampaikan atau diberitahu sekiranya anda benar-benar ingin berpisah.

2. Berikan Dia Kesempatan Bertanya

Jangan terlalu emosi. Berilah dia kesempatan untuk bertanya apa salah dia terhadap anda, dan anda juga harus menjawabnya dengan jujur. Jangan pula menghindarinya kerana itu akan menyakitinya. Anda ingat bahawa tidak perlu mengucapkan atau mengeluarkan kata-kata yang akan menyakiti hatinya.

3. Jangan Berubah Fikiran

Ketika melihat si dia menangis atau merayu, jangan sekali-kali berubah fikiran kerana hubungan yang berdasarkan atas belas-kasihan atau simpati akan membuat anda dalam keadaan serba salah. Jika memang benar anda tidak boleh atau tidak mungkin bersatu kembali, bulatkan hati dan jangan berubah fikiran kerana simpati.

Selamat Tinggal Kekasih Ku ……

Majlis Perkahwinan Meyra Mohd Yasin & Mohd Yusof Ahmad pada 4.6.2011