Friday, April 30, 2010

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya...

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual "tali pengikat unta". Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

strategi ini walaupun telah dilakukan pada zaman Rasulullah, kalau di lihat zaman ini, banyak perniagaan menggunakan kaedah yang sama. Air Asia adalah antara yang menggunakan kaedah ini. Cuba fikirkan bagaimana Air Asia mengenakan tambang rendah (ada yang
pada RM0), dan mengenakan bayaran pada produk dan perkhidmatan lain. Hmmm... nampaknya kaedah Air Asia bukanlah kaedah yang baru ;)

Monday, April 26, 2010

Nasihat Perniagaan Abdul Rahman b Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta...
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat... rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.

2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3. Cash transaction only

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategy anda dalam menjalankan perniagaan

Dengan ini, saya pun buka satu kategori baru dalam Tip Satu Minit: 9/10 iaitu tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?

Semoga Tip Perniagaan 9/10 dapat memberi manfaat kepada anda!

Susah Senang Menjalankan Perniagaan

Oleh: Irfan Khairi

Soalan cepu gangsa:

Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?

* Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
* Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu susah
* Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang

Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi "merasa" perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.


Bila kita BARU mulakan perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu susah. Kerana sebelum ni kita kaitkan perniagaan dengan keuntungan sahaja. Tak pula fikir tentang perlu promosi, perlu menjaga pelanggan, perlu lakukan accounting, perlu handle staff, perlu fikirkan kaedah dan strategi untuk bersaing dengan pesaing yang begitu ramai!

Bila kita dah setahun dua berpengalaman dalam perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu senang kembali kerana kita dah biasa dengan perniagaan & belajar selok belok perniagaan sepanjang pengalaman kita ;)

Masalahnya, ramai yang give up atau berputus asa sebelum sampai tahap perniagaan itu senang kembali. Dalam masa setahun, apabila melalui kesukaran perniagaan, ramai yang gulung tikar kerana tak tahan... betapa susahnya menjalankan perniagaan!

Majlis Perkahwinan Farim & Zariah pada 26.3.2010 - 27.3.2010



















Sunday, April 18, 2010

Biar kecil asalkan berhasil

Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving".

Take note, saya guankan perkataan "membesar" bukan maksudnya "mengembang". Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar... ofis mahal. Belum jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja... untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi:)

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai... bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita :) ). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran "surviving". Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost... nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, bagaimana pula?

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan berhasil!

Jutawan "modern" tak seperti jutawan dulu-dulu

Kalau disebut "JUTAWAN", sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher, hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya...

Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku "Millionaires Next Door", zaman sekarang, di kala keadaan ramai "Jutawan modern", perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara
kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja.

Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu)

Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan.

"For the rich, it's not about getting more stuff. It's about having the freedom to make almost any decision you want," -T. Harv Eker, penulis "Secret of Millionaires Mind

Bila kita jadi jutawan kelak... apa kata kita jadi jutawan "modern" yang lebih menjurus kepada konsep "kesederhanaan" dalam Islam