Friday, September 18, 2009

Deretan Kedai Terbakar di Petaling

sempena musim perayaan ini Arif Photo Enterprise mengingatkan kepada seluruh umat islam, sebelum pulang berhari raya di kampung, pastikan keadaan rumah dalam keadaan baik dan pastikan suis utama elektrik dalam keadaan off supaya rumah tidak hangus akibat litar pintas dan dapur gas juga dalam keadaan off sebelum meninggalkan rumah. Deretan kedai di pekan petaling jelebu ini telah hangus sama sekali membabitkan 10 pintu rumah kedai 2 tingkat akibat daripada kesilapan manusia iaitu dari dapur gas. Ia berlaku pada 23.11.2008



























Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009M/1430H

Saya Syed Mohd Arif bin Syed Loed sebagai Jurugambar dan pengurus arif photo enterprise mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga para pengunjung blog ini dapat pulang ke kampung dengan keadaan selamat sejahtera tanpa tragedi kemalangan jalanraya. disini saya ingin berkongsi beberapa kemalangan jalan raya yang membabitkan lori, yang semakin menjadi-jadi, walaupun sebahagian darinya berlaku di luar musim perayaan tetapi ia boleh menjadi iktibar darinya. selagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin dan semoga selamat sampai ke kampung yang dituju.

Gambar dibawah menunjukkan kemalangan berlaku pada 11.4.2009 di KM 23 Jalan Kuala Klawang-Seremban membabitkan sebuah lori dan motosikal. Lori tersebut dalam keadaan tanpa brek terbabas lalu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan lalu terhumban kesebuah rumah penduduk kampung menyebabkan kerosakan yang agak teruk pada rumah penduduk tersebut. Penunggang motosikal yang berumur 18 tahun mati ditempat kejadian.















Gambar dibawah menunjukkan kemalangan berlaku pada 29.4.2009 di KM 11 jalan Kuala Klawang-seremban. Lori dengan sarat membawa getah. Pemandu hilang kawalan lalu terbabas pada tebing. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan akibat kemalangan tersebut.







Gambar dibawah menunjukkan sebuah lori terbabas lalu melanggar pagar sebuah masjid di bandar Raub Pahang. Ia berlaku pada 16.9.2009 yang lalu. Penulis sebenarnya secara tidak sengaja terlihat pemalangan tersebut apabila penulis dalam perjalanan ke kampung sega berhampiran bandar raub untuk menziarahi keluarga sepupu penulis yang kehilangan anaknya yang meninggal dunia pada pagi tersebut akibat kemalangan jalanraya setelah koma 2 hari.