Sunday, August 30, 2009

Digital Fotografi 3

Seperti kamera konvensional, kamera digital (K_Digital) terbahagi kepada tiga ketogeri
• Kompak kamera
• Semi SLR
• SLR (Single Lens Leflex)
Namun dua sahaja yang agak kerap digunakan oleh kebanyak pengguna iaa itu, Kompak dan Semi SLR. Berdasarkan faktor harga, kegunaan maka dua ketogeri lebih banyak di pasaran.
Walaupun begitu kemampuan dua kamera jenis ini sudah memadai untuk para amatur aatau semi amatur kerana kemampuan merakam gambar sudah boleh banggakan. Dengan menggunakan dua jenis kamera ini pengguna tidak perlu memikirkan penambahan alat lain kerana dalam kebanyak K_Digital sudah disediakan kebanyakan ciri-ciri mood profesioanal.
Harga merupakan faktor utama dalam pemilihan kamera. Jika inginkan sebuah kamera hanya untuk kegunaan keluarga seperti merakam majlis majlis keluarga maka K_Digital yang murah sudah memadai. Harga antara RM 400 hingga RM1,000 sudah membolehkan seseorang itu bergaya dan merakam apa saja gambar. Namun jika penggunaan lebih serius adalah dicadangkan K_Digital Semi SLR. Namun harga usah dipertikaikan kerana penghasilan gambar lebih baik.

Panduan memilih K_Digital:

Jenama:

Penting jika ia sudah menguasai fotografi digital sudah lama. Namun harus diingat, pengguasaan dalam konvensioanl fotografi juga penting kerana beberapa komponen dari fotografi konvensional akan dibawa ke fotografi digital. Contoh, Nikon ia menguasai teknologi lensa yang baik. Justeru lens Nikon boleh menghasilkan mutu warna yang baik. Persaingan jenama adalah persaingan perniagaan namun kita harus berhati-hati kerana memberi kemera sebagai pengguna bukan membeli kamera sebagai penyelidik. Anda mengeluarkan wang untuk menggunakan kamera. Jika tersalah pilih anda juga yang menanggung kerugian.
Seharusnya buat penilaian dengan katelog, laman web, kedai-kedai menjual kamera. Paling mustahak buat penilaian dengan rakan-rakan yang jujur memberitahu anda tentang mutu kamera yang hendak dibeli.

Jenis Kamera:

Tentukan penggunaan kamera. Jika untuk kegunaan keluarga atau peribadi, seharusnya anda tidak membazirkan wang dengan membeli kamera SLR yang akan meminta anda menukar lens,flash,filter dan sebagainya jika sampai waktu. Namun jika anda seorang yang serius dalam fotografi, tidak rugi membeli sebuah K_Digital kerana pulangan modal anda akan perolehi seandainya anda tahu mencari sumber pendapatan.
Begitu juga jika anda berada dalam ketogeri profesional maka k_digital amat penting. SLR K_Digital menentukan arah kerja kita. Anda yang mengawal kamera tersebut, bukan kamera itu yang menentukan kerja anda.
Pemilihan antara optikal zoom dan digital zoom perlu diambil perhatian. Optikal zomm bermaksud kanta kamera yang bergerak untuk berapa kalai contohnya 3X atau sterusnya. Manakala optikal zoom tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada kamera tersebut.

MegaPixcel:

Jika anda telah lama menggunakan K_Digital rasanya MP berapa yang harus anda gunakan tidak menjadi masalah. Bagi anda yang baru bercadang membeli maka saya mencadangkan membeli MP yang boleh memberikan kepuasan anda.
Pixcel adalah panggilan untuk jumlah ribuan bintik warna dalam fotografi digital. Jika menggunakan 2.0 MP menandakan anda hanya menggunakan 2 ribu pixcel sahaja. Jika anda menggunakan 8.0 MP maka jumlahnya lebih baik kerana anda memiliki 8 ribu pexcel. Hasilnya foto yang dirakam mempunyai jumlah butiran warna pexcel lebih banyak. Secara tidak langsung anda boleh menghasilkan foto besar tanpa perubahan pada tone warna.
Pada masa ini 4.0 MP keatas sudah memadai. Jumlah tersebut jika menggunakan kualiti imej normal dan saiz imej 1208 ke atas sudah boleh menghasilkan gambar sebesar 8R. Pengguna amatur paling besar mencetak foto hanyalah 8R.
Memori Kad:
Memori kad penganti filem. Jumlah simpanan bergantung pada Megabait (MB). 16Mb,128MB, 256MB atau lebih. Jumlah rakaman bergantung penggunaan imej saiz. Jika imej saiz kecil maka jumlah simpanan lebih baanyak. Sebaliknya jika penggunaan saiz yang besar jumlah foto akan berkurangan.

Batteri:

Betteri memain peranan penting pada sebuah K_Digital. Oleh itu pastikan kuasa betteri boleh membantu ketika membuat kerja-kerja rakaman. Ada K_Digital hanya menggunakan betteri saiz AA. Ada juga yang menggunakan betteri keluaran jenamanya sahaja. Jangkamasa standby perlu dilihat agar tidak mengganggu tugasan. Contoh, batteri boleh tahan hingga 2 atau 3 jam. Ada yang hanya bertahan sehingga 90minit sahaja. Batteri yang boleh dicas semula lebih baik. Kamera yang menggunakan batteri Lethium lebih panjang hayat penggunaannya.

Kerja-kerja Edit Foto:

Kebiasaannya foto yang telah dirakam perlu diedit. Perisian tersebut ada ketikanya disediakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut. Namun perisian seperti PhotoShop seharusnya mesra dengan anda. Anda akan merasa lebih puas jika melakukan kerja-kerja edit tersebut secara sendirian. Begitupun jika untuk kerja-kerja menerangkan foto-foto tersebut boleh dilakukan di kedai-kedai fotografi.
Anda boleh menghantar foto untuk dicetak ke kedai fotografi samada memori kad, CD, Pen Drive.

Penyimpanan Foto:

Cakera padat (CD) DVD lebih baik kerana anda boleh menyimpan dalam jumlah yang banyak. Namun jika anda memiliki PenDriver boleh membantu ketika anda berada di luar kawasan. Menyimpan secara kekal gunakanlah CD yang telah disebut di atas. Peyimpanan begini boleh membantu anda samada untuk mencetak atau mengedit foto tersebut.

Digital Fotografi 2

Dunia sudah di perkenalkan dengan teknologi digital. Semua orang bercakap tentang digital. Semua bidang perlu menggunakan digital. Tidak dapat lari lagi. Kerana digital telah memudahkan semua jenis pekerjaan. Siapa yang tidak mahu membicarakan tentang digital akan ketinggalan.

Dunia fotografi juga begitu. Cukup pantas. Semua jenama kamera dan sebagainya peralatan mengenai fotografi menggunakan digital. Dulu kehadiran fotografi digital cuma dalam organisasi besar. Ini disebabkan ia berkehendakkan kos yang mahal.

Karyawan fotografi belum menerima tenologi digital. Waktu itu ia di ambil oleh mereka yang menggunakan rangkaian IT. Komputer boleh menyimpan foto dengan penggunaan Scanner atau kemera kecil yang menggunakan cabel. Waktu itu foto didi scan ke komputer untuk membina rangkaian laman web atau pembentangan kertaskerja.

Akhirnya ICT cukup cepat menguasai dunia. Penceramah tidak lagi menggunakan Slide Projector atau Overhead Projector. Kini dengan komputer bimbit dan pen memori kerja sudah mudah. Penghasilan foto boleh di hasilkan dengan Kamera Digital

Kamera Digital:


Kamera Digital ( K_Digital ) adalah sebuah kamera yang dicipta dengan teknologi komputer. Menyimpan foto dalam K_Digital seperti kita menyimpan data dalam komputer. K_Digital boleh diumpamakan sebuah komputer bimbit atau PDA. Cuma K_Digital menyimpan foto.
Mengendalikan K_Digital lebih mudah jika seseorang karyawan foto itu mahir dengan pengendalian ICT!! Perisian seperti Photoshop, Photoeditor, Animation Shop, Paint Shop dan sebagainya perlu dipraktikkan.

Kemahiran menggunakan printer amat baik jika boleh dipelajari. Namun ini tidak menjadi masalah kerana untuk mencetak kita boleh menghantar ke mana-mana makmal yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Dalam laman ini penulis ingin membawa pembaca memahami sifat, kegunaan beberapa fungsi pada sebuah K_Digital. Keterangan yang diterangkan tidak menyeluruh kerana penulis hanya mengambil beberapa panduan dari kamera tertentu. Namun kebanyakkan K_Digital mempunyai mode yang hampir serupa.

Harus difahami bahawa K_Digital yang sering digunakan adalah bersistemkan Compact atau Astamatic Kamera. Walaupun begitu, harganya agak mahal. Tapi jika anda ingin mengecapi apa itu K_Digital tidak salah untuk membeli sebuah kamera yang murah sekitar RM 500 dengan 2 Megapixel. Jika anda yang mahukan jumlah mutu foto yang baik seperti 3 hingga 4 megapixel anda perlu membayar dengan harga lebih dari itu.

K_Digital di pasaran sudah boleh memenuhi keperluan semasa. Kamera-kamera ini boleh menghasilkan beberapa elemen yang bercirikan kamera konvensional ( kamera filem ).
Sebelum membeli K_Digital pastikan jumlah megapixel (MPIX)yang anda perlukan. Pilihan boleh dibuat dengan contoh; 2.0, 3.0,4.0,5.0, 6.0. MPIX ialah kehalusan mutu foto yantg terhasil. Ia boleh disamakan dengan penghasilan mutu foto filem dengan penggunaan ISO. Jika ISO tinggi hasil grainnya kasar. Jika jumlah MPIX tinggi grain, tone warna akan bermutu.

Jenama K_Digital ? Penulis tidak mahu mengiktiraf mana-mana jenama. Namun anda yang sudah menggunakan apa-apa jenama boleh mendakwa jenama mana yang bermutu. Namun harus diingat, penghasilan K_Digital hasil ciptaan saintis/jurutera zaman ini. Kelebihan yang terdapat pada mana-jenama adalah hasil kerja jurutera jenama itu sendiri.

Fungsi K_Digital

• Lens: Pilih kesesuaian lens yang anda mahu. Ada kamera yang menyediakan
sudut lens 8-24mm dengan f/2.8. Fungsi 3 kali optical zoom atau lebih.
Keupayaan close sehingga 1.6 cm. Hasilnya anda boleh melakukan kerja-kerja
penyelidikan dengan mudah. Zoomnya sehingga hampir 200 meter.
• Uplood: Pilih cara pindahan foto ke PC dengan mudah. K_Digital dibekalkan
dengan perisiannya sendiri untuk kemudahan uplood.
• Flash: Lihat keupayaan flash K_Digital . Berapa jauh flash boleh menyimbah.
• Mood operasi: Ia terbina secara digital. Mood ini berfungsi seperti kamera
program bagi SLR filem. Fucusnya secara automatik. Lihat keupayaan
Shutternya apabila anda menekan untuk membuat rakaman foto.
Mahirkan penggunaan Program Moodnya. Fungsi Automatik akan memudahkan kerja
anda yang baru belajar merakam foto. Segala Aperture, Shutter Speed akan
diprogram oleh sistem yang dibina. Contoh; jika cahaya cukup K_Digital akan
merakam tanpa flash. Jika cahaya rendah K_Digital akan memberikan simbahan
cahaya secara automatik.
• Program Manual: Ia boleh dilaras mengikut kehendak kita. Katakan anda
mahukan Aperture f22 maka Shutter Speed akan perlahan. begitu sebaliknya.
Keistimewaan pada K_Digital ialah dengan terbinanya fungsi-fungsi Special
Effect. Rakaman waktu malam dengan Night Lanskap dimana jika anda tidak mahu
menghilangkan kesan cahaya aslinya maka fungsi ini perlu digunakan. Contoh
merakam bangunan waktu malam.
• Museum: Adalah untuk merakam bahagian dalam rumah, bangunan tanpa flash.
• Fireworks Show: Jika anda ingin merakam pertunjukan bungga api
• Close-Up: Untuk kerja close-up
• Copy: Paling menarik K_Digital boleh berfungsi sebagai scanner
• Back Light: Cahaya flash akan tersimbah jika menggunakan fungsi ini dengan
cahaya arah belakang model.
• Potrait: Untuk rakaman potret
• Indoor: Rakaman di majlis tanpa simbahan cahaya flash
• Night Portrait: Untuk merakam potret pada waktu malam
• Beach/Snow: Rakaman foto di pantai atau di musim salji
( jika anda keluar negara)
• Landscap: Untuk rakaman landskap agar foto lebih tajam dengan Depth Of
Fieldnya sempit.
• Sunset: Merakam foto waktu senja

Harus diingat dengan menggunakan beberapa fungsi yang disenaraikan penggunaan tripod amat diperlukan agar kemera tidak bergoyang.

Digital Fotografi


Jenis kamera:


Kamera digital masih menggunakan jenis kamera yang sama dengan kamera filem. Namun ramai dikalangan kita menganggapkan kamera kecil yang digunakan oleh oleh kebanyakkan orang itulah kamera digital. Sebenarnya kamera digital sudah friendly user. Kini kebanyakkan karyawan foto sudah menerima kamera digital sebagai peralatan kerja mereka.

Kamera digital dapat disenaraikan seperti berikut:
1. Digital SLR
2. Digital Kompak

1. Digital SLR (DSLR):

Sekiranya anda telah mengikuti not saya sebelum ini SLR bermaksud Single Lens Reflex. Pada kamera digital SLR tidak banyak perubahan dilakukan. Jikalau anda pernah menggunakan kamera jenis program maka menggunakan kamera DSLR tidak menjadi sukar. Kebanyakkan DSLR menggunakan pembinaan yang sama dengan kamera program. DSLR tidak lagi menggunakan filem.

DSLR telah melalui perubahan pada teknik pengimejan. DSLR menggunakan LCD untuk memaparkan emej yang telah dirakam.

1a. CCD & CMOS

DSLR menggunakan CCD (Charge Coupled Device) atau CMOS (Combined Metal Oxide Semiconductor) untuk mengesan emej cahaya yang masuk menerusi lens. Dari CCD atau CMOS inilah imej foto akan dihanya bacaannya ke memori kad.

CCD mengesan imej yang disentuh cahaya apabila aperture terbuka pada lens. Cahaya yang membawa imej itu tersentuh akan disusun secara cas lalu akan dihantar untuk dibaca pada memori kad. CCD membaca susunan peksal dari analog ke digital.

CMOS mebaca seperti CCD namun ia membaca sekali gus. Cip CMOS lebih pantas membaca imej jika dibandingkan dengan CCD.

Dalam fotografi digital lebih mudah difahami, imej dirakam dengan sentuhan yang cas pada paparan CCD mahupun CMOS.

Harus diingatkan DSLR tidak merakam dua jenis pengimejan. DSLR hanya merakam menerusi CCD atu CMOS

Sebenarnya proses fotografi digital sudah lama tercipta setelah scanner tercipta pada computer. Gambar-gambar filem di impbas (scan) dari kertas foto mahupun nagetif atau slaid. Malahan waktu itu gambar yang diimbas boleh dimasukkan ke emel,laman web, persermbahan power point. Namun dengan terciptanya kamera digital yang dapat merakam terus menjadi foto maka kerja-kerja fotografi lebih mudah.

Cuma waktu itu karyawan foto veteran masih belum mahu menerima kamera digitak kecil kerana seni benanya tidak menepati kehendak professional maka ianya tidak diterima. Apabila tercipta DSLR maka fotografi digital mengalami proses yang begitu pesat.

1b. Megapiksal (MPix)

MPix merupakan bacaan jutaan titik piksal pada foto digital. MPix ialah jutaan titik yang memberikan bacaan pada warna foto. MPix disusun pada foto digital yang akhirnya dapat dibaca sebagai imej tanpa dapat dilihat titiknya kecuali foto dibesarkan pada saiz maksimum.

Permulaan fotografi digital MPix ia dicipta dengan saiz yang kecil iala itu hanya 1 MPix.

Kualiti foto pada kamera digital bergantung pada jumlah MPix yang digunakan. Lagi tinggi lagi baik mutunya.

MPix dibaca mengikut kiraan berikut:
1,2,3,4,5,6,7,8,10,12.

Namun begitu ada kamera yang memberikan bacaan seperti berikut:
1.5,10.6 MPix.

Kiraan MPix akan dijelaskan pada topic saiz imej dan kualiti. Dua komponen ini akan memberikan pemahaman sebenar dalam menentukan bagaimana foto digital boleh dihasilkan dengan bermutu. Justeru itu semakin tinggi jumlah MPix maka semakin baik foto yang dirakam.

Sekiranya menggunakan MPix yang kecil sekiranya foto dibesarkan maka kualiti foto akan pecah. Menggunakan MPix yang rendah foto yang dirakam tidak boleh dibesarkan mengikut kehendak kita.

Tidak dapat dinafikan bahawa harga sesebuah kamera bergantung pada tinggi mana jumlah MPix. Lagi tinggi lagi mahal harganya disamping tambahan teknikal yang disediakan. Contohnya antara kamera A dengan B yang menambah komponen tambahan maka berbezaan akan ketara. Inilah persaingan dalam dunia fotografi digital yang terpaksa ditanggung oleh semua pengemar fotografi!

1b. Lens

Lens DSLR menggunakan sistem digital. DSLR menggunakkan lens yang beroperasi pada badan kamera. Segala bacaan Aperture (f.stop) dibaca pada badan kamera secara digital. Namun semua macam sudut lens sama dengan kamera analoq (kamera filem).
Kelebihan pada DSLR ialah anti gegar diletakkan pada lens. Terutamanya lens tele mahupun zoom.

Namun begitu DSLR telah melalui satu demensi baru apabila bacaan f.stopnya dikira seperti berikut:

• f-32,f-28,f-22,f-20,f-18,f-16,f-13,f-11,f-10,f-8,f-5.6,f-4.5f,f-4,f-3.5,f-3,f-2.8,f-2,

f.stop berwarna merah merupakan tambahan kepada f.stop konvensional.

Lens DSLR dibina dengan system auto focus. Dengan ini karyawan foto boleh merakam foto tanpa perlu memokus dengan cara manual. Namun terdapat butang manual focus untuk yang gemar berbuat demikian.

Lens pada DSLR masih dibaca mengikut seperti berikut:
25mm,28mm,35mm, 50mm,70mm,80mm,200mm

Kebanyakkan bacaan lens pada DSLR menggunakan bacaan zoom 17-50mm,80-300 dan seterusnya.

1c. Shutter Speed

Shutter Speed masih menggunakan bacaan seperti kamera konvensional. Namun begitu terdapat dari segi bacaan tamnbahannya:

1/B,1/1,1/2,1/3/4,1/6,1/8,1/15,1/30,1/45,1/60,1/90,1/100,1/125,1/250,1/500,1/800,1/1000,1/2000, 1/4000

Shutter Speed yang bewarna merah merupakan tambahan dalam kamera digital.

Thursday, August 20, 2009

5 Tip Penjagaan Kamera Digital

1. Beg Kamera Terbaik - Lazimnya kamera digital didatangkan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak, kalis habuk dan sebagainya. Ia bukan sahaja boleh melindungi kamera digital anda, malah menjaga peralatannya juga.

2. Gunakan Filter UV - Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru ia jika rosak.

3. Pelindung LCD - Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar. Kos menggantikannya bukan murah, boleh menelan belanja kira-kira RM200. Oleh itu, ketika membeli kamera digital, pastikan anda turut membeli aksesori tambahan seperti pelindung skrin LCD untuk kamera digital anda. Terdapat pelbagai jenis yang boleh didapati di pasaran seperti jenis plastik, boleh terbuka atau jenis berpelekat.

4. Penjagaan Dalaman - Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera digital juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk di mana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas (casing) khas, idea mudah untuk anda melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital menggunakan gelah getah atau sebagainya (murah dan praktikal).

5. Bersihkan Tangan - Mak selalu bising pada kita, basuh tangan sebelum makan. Begitu juga dengan kamera digital. Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital!